An Unforgettable Semester

 

Assalamualaikum w.b.t…

Dah lama rasanya x mnulis blog. Bknnya apa, sibuk dgn final exam dan mcm2 bnda yg jadi kblakangan ni..

Hm, percutian ngan kwn2 kt perlis pn dah abis. Diorang pn baru je blk semalam. Huhu, sedih lak rasanya time nk brpisah bila dah slalu brsama ni.. I’ll be missing u all guyz! Moga ukhuwwah kita berpanjangan smpai bila2, ameen.. Alhamdulillah, sumanya berjalan lancar spnjg program kitorang kt sini. Cume kdg2 rse sedih gk sb program kali ni x ckup 9 org. We are missing u ejat. Really hope to see u again..huhu.

Cuti kali ni agk pnjg klu dibandingkn dgn cti2 sem sblum ni. Moga aku dapat manfaatkan cuti kali ni dgn sebaik-baiknya.. Sem ni terasa begitu cepat berlalu. Sedar2 dah abis pn final exam. MasyaALLAH.. Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang sem ni yang sedikit sebanyak telah menyedarkan aku daripada satu lamunan yang panjang.. Aku seolah-olah terasa seperti baru terjaga daripada tidur. Nk tau apa?

Hm, agk susah untuk diceritakan di sini sebenarnya. Maybe it’s quite confidential, but I had learnt something from it. Walaupun pengalaman yg kita lalui tu kadang2 amat memeritkan dan menyakitkan, tapi hargailah ia.. kerana ia mengandungi seribu satu pengajaran dan motivasi berguna dalam menyusuri arus kehidupan ini.

Manusia apabila selalu diuji dengan nikmat kesenangan akan selalu terbuai dengan keindahan dunia. Namun, apabila seringkali diuji dengan kepahitan dan kesukaran hidup dia akan mudah untuk mengingati Allah sekaligus menyedarkannya tentang tugasnya di muka bumi ini sebagai khalifah ALLAH. Ujian juga akan mengajar kita akan erti kesabaran dan membuatkan kita memandang dunia ini hanya dengan sebelah mata – lebih mementingkan kehidupan dan kebahagiaan hidup di akhirat sana. Walaubagaimanapun, itu tak bermakna kita tak perlu berusaha dan bekerja keras semasa di dunia, tapi cubalah imbangkan kedua-duanya=) Saya pernah mendengar pepatah ada mengatakan, “apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”. Satu lagi kata-kata Saidina Ali kalau tak salah saya; “Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati pada keesokan harinya”.

Tak rugi sebenarnya jika kita bijak untuk menyeimbangkan kedua-duanya. Tambahan pula, kita tak tahu bila kita akan meninggalkan dunia ini. Umur 21 tahun pun bukannya boleh menjamin yang kita akan hidup lama di muka bumi ini. Ada ja yang mati awal. Kita sendiri x tau untung nasib kita di sini. So, hargailah setiap perkara di sekeliling kita selagi kita berdaya kerana mungkin inilah kali terakhir kita di alam fana ini. Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Suma msti tau kn apa 5 perkara tu?

Kali ni saya hanya akan menyentuh tntang 1 drp 5 prkara trsebut, iaitu nikmat sihat sblm datangnya sakit. Biasanya kita hanya akan merasai betapa pentingnya kesihatan apabila kita sakit dan x dapat nak bangun untuk buat apa2.. betul x? Sebab tu lah ALLAH timpakan ujian buat kita. Itu tandanya DIA sayangkan kita. DIA tak nak kita terus hanyut.. Erm, it just my opinion. Klu tak setuju pn xpe=) “…Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha  Pengampun, Maha Penyayang”. ~ (6;165). Kata ulama’, istighfar ialah ubat yang paling mujarab untuk segala jenis penyakit. Istighfar dapat menghapuskan dosa2. Sakit juga merupakan kafarah dosa2 kita.

Hm, pnjang pula saya membebel kat sini;-) Moga bertemu di lain siaran, hehe.. Jaga diri, jaga iman. Wassalam.

 

Add comment November 17, 2008 raihani

Butterfly


Continue Reading 2 comments August 3, 2008 raihani

sem baru


Continue Reading 1 comment July 15, 2008 raihani

coretanku


Continue Reading Add comment July 2, 2008 raihani

???


Continue Reading 3 comments June 3, 2008 raihani

My choice


Continue Reading Add comment May 11, 2008 raihani

cuti!!!


Continue Reading 2 comments April 30, 2008 raihani

Previous Posts


Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

November 2009
M T W T F S S
« Nov    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Most Recent Posts